Wanita Maut Kereta Terlanggar Pokok Di Sungai Petani

Wanita Maut Kereta Terlanggar Pokok Di Sungai Petani
Wanita Maut Kereta Terlanggar Pokok Di Sungai Petani

Seorang maut manakala seorang lagi cedera ringan setelah kereta yang dinaiki terbabas dan melanggar sebatang pokok di kilometer 74, Lebuhraya Utara Selatan, arah Selatan hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Mohd Zukir Md Isa berkata dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, Noor Amalina Adlan, 21, yang duduk di bahagian penumpang maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Kejadian berlaku apabila kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki mereka dari arah Perlis ke Sungai Petani hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri bahu jalan dan melanggar pokok.

Wanita Maut Kereta Terlanggar Pokok Di Sungai Petani | Mangsa Berasal Dari Bandar Laguna Merbok

Wanita Maut Kereta Terlanggar Pokok Di Sungai Petani

Mangsa yang berasal dari Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani maut di tempat kejadian manakala pemandu lelaki dikenali sebagai Muhammad Hariz Abdul Malek berumur 20 tahun hanya mengalami cedera ringan," katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah Nur Hafizah Muhammad Lukman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.09 petang sebelum sampai kira-kira 20 minit kemudian.