Biar Perompak Bunuh Kita Jangan Kita Bunuh Perompak

Biar Perompak Bunuh Kita Jangan Kita Bunuh Perompak

Biar Perompak Bunuh Kita Jangan Kita Bunuh Perompak

Hak dan had orang awam mempertahankan diri ketika berdepan dengan kes jenayah, bukan sesuatu yang mutlak sehingga ke tahap membunuh penjenayah sewenang-wenangnya, tegas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata orang ramai perlu memahami hak dan had itu seperti termaktub dalam undang-undang yang diperuntukkan mengikut Seksyen 99 Kanun Keseksaan.

"Seksyen berkenaan menjelaskan hak dan had mempertahankan diri yang termaktub, bukan sahaja untuk orang awam malah juga anggota polis sendiri.

Saya lihat ramai orang tidak tahu had dan hak mempertahankan diri itu, maka Seksyen 99 Kanun Keseksaan menjelaskan dengan jelas setakat mana tahap mempertahankan diri yang boleh digunakan oleh mereka (orang ramai)," katanya.

"Kami polis pun ada hadnya. Hak mempertahankan diri itu bukan mutlak. Jika ada orang nak curi atau samun, kita tidak boleh bunuh mereka sewenang-wenangnya," katanya.

Khalid mengulas isu Zulkifli Ismail, 50, dari Terengganu, yang ditahan reman berhubung dakwaan membunuh perompak yang cuba masuk ke rumahnya.

Biar Perompak Bunuh Kita Jangan Kita Bunuh Perompak | Isu Selamatkan Zulkifli Menjadi Viral Di Laman Sosial

Biar Perompak Bunuh Kita Jangan Kita Bunuh Perompak

Isu itu diviralkan menerusi laman sosial Facebook Parti Sosialis Malaysia dengan menggunakan tajuk "Selamatkan Zulkifli"  dan satu gerakan atas talian untuk menyelamatkan lelaki itu yang berdepan hukuman mati makin mendapat perhatian ramai.

Dalam satu kenyataan mengulas lanjut perkara itu, Khalid berkata Seksyen 99 (4) akta sama pula menjelaskan yang hak pertahanan persendirian tidak sekali-kali termasuk menggunakan kerosakan yang lebih daripada yang perlu dikenakan bagi maksud pertahanan.

Khalid berkata pihaknya telah menjalankan siasatan dengan penuh profesional berhubung kes Zulkifli dan dua lagi kes yang hampir sama, iaitu mempertahankan diri, yang diviralkan di laman sosial.

Tiga tertuduh dalam kes berkenaan telah dihadapkan ke muka pengadilan sebagaimana arahan yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Peguam Negara," katanya.

Oleh itu, beliau berkata orang ramai dinasihat berhenti menyebarkan dakwaan berhubung kes tersebut tanpa meneliti dan memahami fakta kes sebenar lebih-lebih lagi tanpa mengetahui implikasi perundangan.

Hmmm ... kalau polis, boleh pula bunuh orang alasannya untuk mempertahankan diri. Kenapa orang awam tidak boleh.??? Jom lihat video selamatkan Zulkifli yang menjadi viral di laman sosial baru-baru ini.

Kes Culik Budak 14 Tahun Adalah Tipu

Kes Culik Budak 14 Tahun Adalah Tipu

Kes Culik Budak 14 Tahun Adalah Tipu

Pada mulanya kami amat terkejut dan tidak mahu mengambil serius berita ini, namun memandangkan ia dimuatnaik oleh laman yang berkaitan polis jadi kami ambil serius dakwaan ini.

Sebuah laman media sosial ‘Pertubuhan Anak Polis Malaysia (PAPM)‘ telah memuatnaik satu status menceritakan kejadian sebenar kes penculikan kanak-kanak 14 tahun di Klang, Amirah Athirah.

Memetik dari laman tersebut:

Kes Culik Budak 14 Tahun Adalah Tipu

“Selamat Tahun Baru 2016, admin ingatkan tk nak marah2, tp di awal tahun baru ni admin mmg rasa nak maki budak bernama Nur Amirah ni, mmg cela%a nya budak, penipu.

Untuk pengetahuan dan makluman semua, budak nama amirah tu sudah berjaya ditemui oleh sepasukan pasukan khas yg dibentuk, dia didapati telah keluar dengan teman lelaki yang baru dikenali selama seminggu dan ikut tidur dirumah suspek.

Sekarang kita sendiri tahu bagaimana manipulasi emosi memainkan peranan bagi mengiyakan sesuatu tindakan.

Kes Culik Budak 14 Tahun Adalah Tipu | Kisah Ini Telah Menjadi Viral Di Laman Sosial

Kes Culik Budak 14 Tahun Adalah Tipu

Laman sosial ini mendakwa sebenarnya adik Amirah lari bersama teman lelaki yang baru ditemuinya dan mereka cerita bahawa dia diculik. Kisah kanak-kanak ini menjadi viral sehingga menarik perhatian akhbar dan televisyen.

Kami tidak berpuashati dengan berita ini dan cuba menghantar sistem pesanan ringkas kepada pegawai polis yang berkaitan dengan kes ini. Kami sedang menunggu respon beliau berkaitan isu ini.

Kes Culik Budak 14 Tahun Adalah Tipu

Laman sosial milik individu mendakwa saudara kepada mangsa juga sudah hilang dari carian Facebook. Kami melakukan carian keatas individu bernama ‘Hazi Aziey’ yang sebelum ini mengaku saudara terdekat mangsa.

Kes Culik Budak 14 Tahun Adalah Tipu

Kami masih belum menerima sebarang maklumat lain, kami juga  menunggu kenyataan rasmi keluarganya dan kenyataan PDRM. Maklumat awal dia ditangkap dengan seorang lelaki berbangsa cina.

Kami akan update berita terkini nanti. Jom kita dengar rakaman perbualan yang didakwa daripada adik Nur Amirah ini.

Inilah Balasan Suami Curang Terhadap Isteri

Inilah Balasan Suami Curang Terhadap Isteri

Inilah Balasan Suami Curang Terhadap Isteri

Seorang lelaki di China telah melakukan sesuatu yang diluar jangkaan oleh kerana rasa bersalah setelah berlaku curang kepada isterinya. Lelaki ini telah beristeri namun berlaku curang dengan mempunyai perempuan simpanan. Untuk meminta maaf kepada isterinya, dia telah merangkak sejauh 1000 meter yang bermula dari Putian, Wilayah Fujian.

Kerana berasa sangat bersalah terhadap isterinya, dia sanggup melakukan tindakan yang boleh dianggap kurang waras oleh orang ramai di China. Lelaki itu telah curang dengan isterinya kerana mempunyai perempuan simpanan.

Inilah Balasan Suami Curang Terhadap Isteri | Merangkak 1000 Meter Untuk Meminta Maaf
Inilah Balasan Suami Curang Terhadap Isteri
Inilah Balasan Suami Curang Terhadap Isteri

Dia telah merangkak sejauh 1000 meter yang bermula dari Putian, Wilayah Fujian kerana ingin memohon kemaafan dari isterinya. Orang ramai yang melalui kawasan itu cuba untuk menghulurkan bantuan kepadanya.

Tetapi dia menolak dengan menyatakan dia sengaja melakukan perbuatan itu kerana ingin menebus kesalahan terhadap isterinya. Setiap satu langkah merangkaknya, dia akan sujud di jalan sehinggakan dahinya berdarah.

Namun, seorang wanita tiba-tiba muncul dengan menaiki teksi dan terus membawa lelaki itu masuk ke dalam kenderaan tersebut.

Orang ramai yang melihat kejadian itu telah mengira langkah merangkak lelaki itu dan genaplah 1000 meter dia merangkak yang akhirnya berhenti di Zhengrong Times Square. Tidak diketahui sama ada wanita itu isterinya atau perempuan simpanannya.

Inilah Balasan Suami Curang Terhadap Isteri | Jom Lihat Video Suami Kantoi Curang Dengan Isteri

Wajah Gadis Ini Berubah Hanya Satu Malam

Wajah Gadis Ini Berubah Hanya Satu Malam

Wajah Gadis Ini Berubah Hanya Satu Malam

Pakar-pakar perubatan di selatan Vietnam menawarkan untuk membantu seorang wanita berusia 26 tahun yang kulitnya berkedut dalam satu malam saja, membuatkan dia kelihatan 30 tahun lebih tua, media tempatan di sana melaporkan hari Rabu.

Tiga hospital di Bandar Raya Ho Chi Minh City telah menawarkan Nguyen Thi Phuong perundingan dengan pakar-pakar selepas akhbar Tuoi Tre menerbitkan gambarnya pada hari Ahad.

Kulit Phuong berkedut tetapi dia masih mempunyai rambut dan postur wanita muda, kata akhbar itu. Keadaan dirinya telah membingungkan doktor-doktor tempatan. Menurut laporan itu, masalah Phuong bermula pada tahun 2008 selepas dia makan makanan laut dan mukanya tercetus ruam.

Wajah Gadis Ini Berubah Hanya Satu Malam | Berubah Setelah Muka Bengkak Dan Gatal

Wajah Gadis Ini Berubah Hanya Satu Malam

Dia diberi ubat dermatitis, tetapi selepas mengambil selama seminggu, mukanya bengkak dan gatal-gatal muncul di kulitnya.

"Apabila kami berkahwin, Phuong adalah seorang gadis yang cantik," suami Phuong, Nguyen Thanh Tuyen, 34 tahun berkata.

Adalah sukar untuk bercakap secara terbuka mengenai perkara-perkara suami isteri ini, tetapi fahamilah bahawa saya masih mencintai isteri saya," katanya.

Wajah Gadis Ini Berubah Hanya Satu Malam | Sudutan Video Mengenai Gadis Tersebut

Wanita Maut Kereta Terlanggar Pokok Di Sungai Petani

Wanita Maut Kereta Terlanggar Pokok Di Sungai Petani
Wanita Maut Kereta Terlanggar Pokok Di Sungai Petani

Seorang maut manakala seorang lagi cedera ringan setelah kereta yang dinaiki terbabas dan melanggar sebatang pokok di kilometer 74, Lebuhraya Utara Selatan, arah Selatan hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Mohd Zukir Md Isa berkata dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, Noor Amalina Adlan, 21, yang duduk di bahagian penumpang maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Kejadian berlaku apabila kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki mereka dari arah Perlis ke Sungai Petani hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri bahu jalan dan melanggar pokok.

Wanita Maut Kereta Terlanggar Pokok Di Sungai Petani | Mangsa Berasal Dari Bandar Laguna Merbok

Wanita Maut Kereta Terlanggar Pokok Di Sungai Petani

Mangsa yang berasal dari Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani maut di tempat kejadian manakala pemandu lelaki dikenali sebagai Muhammad Hariz Abdul Malek berumur 20 tahun hanya mengalami cedera ringan," katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah Nur Hafizah Muhammad Lukman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.09 petang sebelum sampai kira-kira 20 minit kemudian. 

Guru Maut Setelah Beraksi Di Dalam Kereta

Guru Maut Setelah Beraksi Di Dalam Kereta

Guru Maut Setelah Beraksi Di Dalam Kereta

Seorang guru 58 tahun yang mengajar di salah sebuah sekolah di Gunung Kidul ditemui maut dalam keadaan menyayat hari di dalam keretanya minggu lepas. Lebih tragis, guru berkenaan ditemui dalam keadaan separuh bogel tanpa seluar. 


Penduduk di situ berasa curiga dengan kenderaan Avanza mangsa yang berada terlalu lama di tempat kejadian. Setelah kenderaan tersebut didekati, mereka terlihat seorang lelaki yang kaku disangka sedang tidur namun setelah diperiksa, mangsa telah pun meninggal dunia.

Siasatan awal pihak berkuasa dari penglihatan telah membuat kesimpulan mangsa maut akibat serangan jantung selepas bersetubuh di dalam kenderaannya. 

Guru Maut Setelah Beraksi Di Dalam Kereta | Mangsa Berkemungkinan Diserang Sakit Jantung


Guru Maut Setelah Beraksi Di Dalam Kereta

Pihak polis juga tidak menolak kemungkinan mangsa diserang sakit jantung setelah melakukan oral seks dengan pasangannya berdasarkan bukti-bukti yang ditemui dalam kenderaan beliau. Namun begitu kes itu masih lagi disiasat dan pasangan mangsa diminta hadir untuk membantu mangsa.

Jom lihat satu video dimana seorang remaja lelaki dan perempuan yang kantoi melakukan maksiat didalam sebuah semak dan berjaya dikesan oleh seorang lelaki bermotosikal.

Selfie Terakhir Sebelum Terjatuh Ke Dalam Gunung Berapi

Selfie Terakhir Sebelum Terjatuh Ke Dalam Gunung Berapi

Selfie Terakhir Sebelum Terjatuh Ke Dalam Gunung Berapi

Seorang pelajar dilaporkan terjatuh ke dalam sebuah kawah gunung berapi, Merapi, kelmarin. Menurut laporan News Detik, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih cuba mengesan Eri Yunanto, pelajar dari Universiti Atma Jaya, Yogyakarta tersebut.

Sebelum itu, saksi dan juga seorang pendaki, Bagus Deni sempat mengambil foto terakhir Eri sebelum beliau menyaksikan sendiri pelajar tersebut jatuh ke dalam kawah. Foto tersebut, yang dimuatnaik sekitar jam 10 malam pada Sabtu terus mendapat perhatian pelayar laman foto popular, Instagram.

Selfie Terakhir Sebelum Terjatuh Ke Dalam Gunung Berapi

Dalam pada itu, menerusi sumber Tribun Jogja, teman rapat Eri iaitu Dicky juga ada menyiarkan gambar detik-detik sebelum pemuda berusia 21 tahun itu jatuh ke dalam kawah gunung berapi.

Selfie Terakhir Sebelum Terjatuh Ke Dalam Gunung Berapi | Lokasi Terakhir Beliau Berada Di Puncak Garuda

Selfie Terakhir Sebelum Terjatuh Ke Dalam Gunung Berapi

Dalam foto berkenaan, kita boleh lihat Eri ketika berada di batu tertinggi (Puncak Tusuk Gigi) lokasi yang juga disebut Puncak Garuda itu. Dapat juga dilihat Eri mahu turun dari puncak batu berkenaan namun dia seperti tergelincir kemudian jatuh kedalam kawah berkenaan.

Selfie Terakhir Sebelum Terjatuh Ke Dalam Gunung Berapi

Saya sempat mengambil fotonya dua kali. Dia mau turun, dalam sepersekian detik ia terpeleset dan jatuh berguling. Sebelum dia naik ke Puncak Garuda, ada pendaki lain yang sudah berhasil naik dan turun dengan selamat. 

Eri sudah sempat diingatkan pendaki lain kalau ragu lebih baik tak usah. Dia berhasil ada di puncak tapi ragu saat turun. Dia minta saya menghadang tepat di depannya untuk jaga-jaga,” jelas Dicky dipetik Tribun Jogja.

Kami Menjerit Sambil Membunyikan Hon

Kami Menjerit Sambil Membunyikan Hon


Kami Menjerit Sambil Membunyikan Hon

Semua berlaku sekelip mata dan terlalu pantas," demikian reaksi pelakon jelita, Sherry Ibrahim ketika menceritakan detik cemas kemalangan yang menimpa pelakon, Redza Rosli, 23 di Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran Terowong Menora, di Ipoh, awal pagi tadi.

Bayangkan, kereta Redza berada betul-betul di hadapan kereta kami berdua. Kami menjerit sambil membunyikan hon ketika melihat kereta Redza yang pada awalnya berada di laluan paling kanan bergerak perlahan ke cerun bukit di sebelah kiri lebuh raya," katanya.

Menurut Sherry, sebelum kejadian, dia menaiki kereta bersama pelakon, Izreen Azminda manakala Redza memandu keretanya bersendirian serta bergerak secara konvoi dari Perlis ke Kuala Lumpur selepas tamat penggambaran drama Kak Mar.     

Kami bergerak pulang dari Kangar sekitar jam 10 malam (Isnin) dan berhenti rehat di kawan Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol. Redza ada mengadu mengantuk dan saya ada tawar diri untuk memandu secara bergilir-gilir.

Kami bertiga terpaksa pulang awal kerana masing-masing mempunyai komitmen lain pada pagi ini," katanya. Terdahulu, kejadian itu dimaklumkan Izreen di laman Instagramnya dan memberitahu mereka selamat.

"Alhamdulillah, kami semua okay," tulisnya.

Kami Menjerit Sambil Membunyikan Hon

Ketika ditanya mengenai posting Izreen di media sosial yang menyebabkan ramai peminat keliru yang mengatakan kedua-dua pelakon cantik itu yang kemalangan, Sherry berkata, ia adalah makluman awal kepada tim produksi tentang kejadian yang menimpa mereka.

Untuk makluman, Izreen membuat posting itu untuk maklum kepada tim-tim produksi kesulitan yang kami alami. Tambahan pula, kejadian berlaku jam 3.30 pagi. Dalam keadaan jalan yang sunyi dan gelap. Kami berdua masih terkejut melihat keadaan Redza yang tidak sedarkan diri.

Kami Menjerit Sambil Membunyikan Hon | Bantuan Tiba Pada Jam 6.00 Pagi

Kami Menjerit Sambil Membunyikan Hon

Mujurlah ada beberapa penunggang motosikal yang membantu kami mengeluarkan Redza dari kereta. Kami lebih berdebar melihat enjin kereta Redza dah berasap. Bantuan tiba jam 6.00 pagi," jelasnya lagi.

Tambah Sherry lagi, dia menerima banyak panggilan telefon dan pesanan ringkas dari rakan-rakan dan ahli keluarga mengenai kejadian.

Saya ucap terima kasih atas doa kalian semua. Alhamdulillah, syukur kami semua selamat. cuma perlu ambil sedikit masa untuk berehat selepas kejadian. Saya masih belum tidur," ujarnya lagi.

Sementara itu, memetik laporan Kosmo! Redza memberitahu dia hanya memandu dengan kelajuan 80 kilometer sejam dan dia tidak tahu bagaimana boleh terbabas berhampiran terowong tersebut.

Kejadian berlaku terlalu pantas dan selepas itu saya tidak sedar apa yang berlaku kerana pengsan. Saya diselamatkan oleh orang ramai kerana pintu kereta tidak dapat dibuka," katanya lagi.

Gadis Ini Ceritakan Kisah Makhluk Yang Di Lihatnya

Gadis Ini Ceritakan Kisah Makhluk Yang Di Lihatnya

Gadis Ini Ceritakan Kisah Makhluk Yang Di Lihatnya

Satu soalan untuk anda. Pernahkah anda terlihat hantu? Jika ya, bagaimana rupanya? Mungkin bagi yang pernah terlihat sekali dua, sukar untuk menjelaskan apa yang dilihat disebabkan perasaan takut ketika berhadapan dengan makhluk itu.

Namun bagaimana pula dengan mereka yang seringkali melihat makhluk-makhluk ini? Seorang gadis, yang menggunakan nama Twitter @amalinaahmd, melukis rupa-rupa hantu yang dikatakan pernah dilihat olehnya.


Lebih menyeramkan, gadis tersebut menyertakan bersama kisah-kisah tentang hantu-hantu tersebut. Kesemua lakaran tersebut dimuat naik oleh @amalinaahmd di laman Twitternya.


Gadis Ini Ceritakan Kisah Makhluk Yang Di Lihatnya | @amalinaahmd memulakan kisah lakaran itu dengan memuat naik keseluruhan gambar lakaran itu dengan kapsyen "Antara hantu mel selalu nampak"

Kemudian, @amalinaahmd menceritakan pula tentang cempaka. Ketika ditanya oleh seorang pengguna Twitter yang lain siapakah cempaka, @amalinaahmd berkata cempaka adalah kawannya.
Dan menceritakan tentang lakaran terakhirnya, @amalinaahmd menulis :

"Dua ni selalu nampak kat asrama kosong and kat rumah kat tepi jalan every where. 
Mel pernah nampak pontianak kat asrama kat ikbn wakaf tapai. Hahaha berterbangan. Mujur tak dengar dia mengilai.

Gadis Ini Ceritakan Kisah Makhluk Yang Di Lihatnya @amalinaahmd yang membahasakan dirinya Mel.

Inilah Anak Kak Ton Yang Ramai Tidak Kenal

Inilah Anak Kak Ton Yang Ramai Tidak Kenal

Inilah Anak Kak Ton Yang Ramai Tidak Kenal

Mesti korang tau dan ingat nama Kak Ton kan? Beliau seorang usahawan wanita yang selalu timbul di kaca tv mempromosikan produk kecantikannya yang berbunyi 

"Comel tak Kak ton? ..Comelllll..!

Tagline ini jugalah yang membuatkan Kak Ton terkenal seantero Malaysia. Tapi, tak ramai yang tahu Kak Ton mempunyai anak gadis super cantik bernama Nadia. Alahai, kami yang menengok pun terpegun sampai tak berkelip mata. Inilah Anak Kak Ton Yang Ramai Tidak Kenal

Inilah Anak Kak Ton Yang Ramai Tidak Kenal
Inilah Anak Kak Ton Yang Ramai Tidak Kenal
Inilah Anak Kak Ton Yang Ramai Tidak Kenal

Tak hairanlah Nadia memiliki raut wajah cantik, ‘ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi’ kan? Nadia yang merupakan kacukan Thai dan Melayu ini merupakan pengacara rancanganMalaysia Hari Ini di TV3.

Inilah Anak Kak Ton Yang Ramai Tidak Kenal | Statusnya Viral Di Media Sosial


Status hubungan Nadia dengan Kak Ton didedahkan sendiri Nadia selepas ramai yang asyik bertanya. Tapi tak sangka pula, pendedahan Nadia secara tiba-tiba muncul menjadi viral di media sosial.

Nadia yang merupakan seorang ibu tunggal sebelum ini menjalin hubungan dengan penyanyi Indonesia, Sammy Simorangkir.

Punca Tauke Jambu Mengamuk Di Kedai Vape

Punca Tauke Jambu Mengamuk Di Kedai Vape

Punca Tauke Jambu Mengamuk Di Kedai Vape
Sudutan daripada video Punca Tauke Jambu Mengamuk Di Kedai Vape
Tauke jambu mengamuk di kedai vape guna parang ??? Begini lah punca sebenar Tauke Jambu Mengamuk di Kedai Vape.

Kesedihan atas pemergian rakan baik Tauke Jambu iaitu Yus Jambu belum lagi hilang. Berita terbaru yang diterima Tauke Jambu dikatakan mengamuk di sebuah kedai vape. 

Sungguh mengejutkan membaca tajuk ini “Tauke Jambu Mengamuk di Kedai Vape Guna Parang?”.

Nadia yang merupakan tunang kepada Tauke Jambu mengalami detik-detik yang menakutkan apabila tunangnya itu bergaduh dan mengamuk di kedai vape milik seorang lagi bintang Raja Lawak.

Video saat-saat menakutkan itu telah dimuatnaik di akaun instagram Tauke Jambu sendiri. Lima bahagian video “mengamuk” yang dimuatnaik oleh Tauke. 

Namun, video itu adalah sekadar “prank” yang telah dirancang oleh Tauke dan rakan-rakannya yang lain untuk membuat kejutan sempena ulang tahun kelahiran Nadia yang ke-26.

Nadia selamat bertunang dengan Tauke Jambu minggu lepas dan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Hihihi .. Jangan marah haaaa ... wa pun terkena juga!!!

Punca Tauke Jambu Mengamuk Di Kedai Vape | Jom Layan Video Tauke Jambu Dibawah Ini



Apa Sudah Jadi Dengan Fazura ???

Apa Sudah Jadi Dengan Fazura ???

Apa Sudah Jadi Dengan Fazura

Kecoh gambar-gambar terkini berkaitan dada Fazura ada yang komen , "londeh' , "layut" dan " "macam makcik beranak sepuluh".

Mungkin baju yang dipakai itu agak ketat menyebabkan buah dada Fazura nampak agak ke bawah , agaknya.

Atau mungkin juga teknik pengcahayaan atau lighting semasa gambar itu diambil, menampakkan kesan seperti yang dikomen oleh haters Fazura .

Apa Sudah Jadi Dengan Fazura ??? Anda lihat sendiri dan buat kesimpulan sendiri.

Apa Sudah Jadi Dengan Fazura ???
Apa Sudah Jadi Dengan Fazura ???

Biodata Mengenai Nur Fazura


Nur Fazura Sharifuddin merupakan pelakon di Malaysia. Fazura dilahirkan pada 27 September 1983 di Pekan, Pahang. Fazura merupakan anak ketiga daripada empat beradik.

Reputasi beliau sebagai pelakon tempatan pernah tercemar apabila beliau telah didakwa oleh seorang suri rumah tangga atas tuduhan mencederakan beliau di sebuah kelab yang bernama Luna Bar. 

Suri rumah ini juga telah menuduh Fazura menjalankan hubungan sulit dengan suaminya. Namun begitu reputasi Fazura kembali pulih apabila beliau berjaya menang kes pendakwaan itu dan didapati tidak bersalah.

Wang Hantaran 35K Cikgu Wafidah Cetus Viral

Wang Hantaran 35K Cikgu Wafidah Cetus Viral

Wang Hantaran 35K Cikgu Wafidah Cetus Viral
Amboi makin melampau permintaan Wanita Malaysia sekarang. Perkahwinan dalam islam itu mudah. Hanya diwajibkan mahar sahaja. jatuh ke maruah anda jika dapat duit hantaran murah??

Apakah ini cara seorang guru yang disanjung oleh masyarakat kerana profesionnya berbicara? Secara logiknya seorang guru pastilah akan mengeluarkan kata-kata atau pendapat yang berilmiah serta bernas tetapi ini tidak.

Berlaku dalam pendapat disuarakan individu menggunakan nama Cikgu Nur Wafidah Damia di laman Facebooknya.

Dalam status yang mencetuskan kontroversi, Cikgu Nur Wafidah mengeluarkan pendapatnya mengenai wang hantaran yang perlu diberikan kaum lelaki kepada wanita untuk mengahwini mereka.
Wang Hantaran 35K Cikgu Wafidah Cetus Viral

Menurutnya, wajib seseorang itu meminta hantaran yang tinggi daripada pihak lelaki, paling ‘koman’ pun RM18 ribu!

Wang Hantaran 35K Cikgu Wafidah Cetus Viral Di Laman Sosial Facebook
Wang Hantaran 35K Cikgu Wafidah Cetus Viral

Amboi, memang muflis semua lelaki di Malaysia jika semua wanita ikut kata cikgu ini. Tak pun membujang sampai ke tua.

Tak tahulah pula kami kalau ini bukan cikgu ‘betul-betul’ tapi saja letak begitu pada pangkal namanya namun yang pasti, pendapat ini memang tak boleh pakai langsung

Akibat status ini juga, penulis yang tengah mencari calon isteri ni tiba-tiba terfikir, masih wujudkah cinta sejati antara perempuan dan lelaki atau yang wujud pada zaman sekarang cuma cinta perempuan kepada duit lelaki ?

Apa sahaja isunya, kepada lelaki yang ingin berkahwin di luar sana tu pandai-pandailah memilih pasangan. Jangan sampai tersangkut pada perempuan pisau cukur!

Anggota Polis Berbalas Tembakan Sesama Sendiri

Anggota Polis Berbalas Tembakan Sesama Sendiri

Anggota Polis Berbalas Tembakan Sesama Sendiri

Seorang anggota polis yang dituduh merogol bertindak menembak mati dua pegawai atasan sebelum ditembak mati anggota polis lain, kelmarin.

Menurut Bangkok Post, suspek Shinkrit Phutthipraphas dibawa ke balai polis Pluak Daeng untuk bertemu dengan pegawai, Somchai Soonthornwanich pada jam 3.15 petang hari kejadian.

Phutthipraphas kemudian mengeluarkan sepucuk pistol 9mm dan menembak Soonthornwanich dan seorang lagi pegawai, Banyat Somha.

Soonthornwanich yang ditembak di leher maut serta-merta manakala Somha ditembak dua kali di kepala dan maut di hospital Rayong.

Phutthipraphas kemudian cuba melarikan diri menggunakan sebuah trak pikap sebelum ditembak mati oleh seorang anggota polis.

Anggota Polis Berbalas Tembakan Sesama Sendiri | Suspek Mungkin Berada Didalam Keadaan Tertekan


Pegawai kanan, Surapol Wiratyosin berkata Phutthipraphas mungkin berada dalam keadaan tertekan kerana berdepan dengan hukuman disiplin yang berat.

Phutthipraphas sebelum ini dituduh merogol seorang wanita berbangsa Laos di sebuah lokap dan Soonthornwanich menubuhkan satu pasukan untuk menyiasat kejadian tersebut.

Ibu Lempar Anak Ke Dalam Sungai

Ibu Lempar Anak Ke Dalam Sungai

Ibu Lempar Anak Ke Dalam Sungai

Seorang ibu dikecam kerana bertindak keterlaluan kerana mahu menghukum anak perempuannya dengan mencampak ke dalam sungai, kelmarin. 

Menerusi sebuah video viral, wanita tersebut dirakam memarahi anaknya di tepi sungai di Chaozhou kerana mendapat markah rendah di dalam ujian di sekolah.

Wanita tersebut kemudian menolak mangsa jatuh ke dalam sungai sebelum mengangkatnya kembali dan menolaknya kembali ke dalam sungai.

Laporan Dailymail mengatakan kejadian tersebut disaksikan leh orang ramai. Menurut seorang saksi, wanita tersebut memberitahu anaknya mengugut untuk membunuh diri setiap kali beliau mahu mengajarnya di rumah mereka. 

Ibu Lempar Anak Ke Dalam Sungai | Tidak Tahu Kesusahan Besarkan Anak


Beliau kemudian memarahi orang ramai yang berkumpul dan mendakwa mereka ‘tidak tahu kesusahan membesarkan anak’. 

Kedua-dua beranak kemudian dilihat meninggalkan tempat kejadian. Difahamkan, sungai tersebut tidak terlalu dalam tetapi mempunyai arus yang laju.

Gambar Terakhir Jururawat Yang Hilang

Gambar Terakhir Jururawat Yang Hilang

Ekoran pencarian mangsa lemas Nurul Wazieyana Mohd. Yusof sudah pun masuk hari ke 4 hari ini. setakat ini baju ,seluar, tudung yang dipakai mangsa sudah di temui oleh pihak operasi SAR dalam pencarian. 

Beberapa jam lepas pihak penyelamat operasi sar telah menjumpai pakaian dalam mangsa yang tidak jauh dari kejadian lemas. 

Apa yang menjadi isunya di sini atas kehilangan jururawat tersebut mengundang misteri yang semakin menengangkan apabila penemuan penemuan pakaian mangsa yang di anggap janggal. 

Gambar Terakhir Jururawat Yang Hilang Mengundang Misteri

Gambar Terakhir Jururawat Yang Hilang

"Rasanya pertama kali dengar kes lemas sampai pakaian terbuka semua,harap pihak pencari dan penyelamat juga tumpukan pencarian di darat. 

Doa juga diperlukan dari anda semua semoga mangsa ditemui dalam keadaan selamat dan doakan yang terbaik untuk keluarga mangsa.katanya dalam komen tersebut" 

Sesetengan orang juga menimbulkan isu misteri kehilangan jururawat berkenan berkait dengan mahluk halus. Spekulasi itu juga turut di sertakan dengan penampakan sesuatu yang cukup aneh pada gambar terakhir mangsa.