Raja Report Malaysia Rani Kulup Diangkut Pihak Polis

Raja Report Malaysia Rani Kulup Diangkut Pihak Polis 
Raja report, Abdul Rani Kulup Abdullah ternyata tidak kebal daripada tindakan undang-undang apabila beliau sendiri 'diangkut' pihak polis kerana anugerah Datuk Paduka Mahkota Melaka yang diterimanya, baru-baru ini.

Abdul Rani atau lebih dikenali sebagai 'ayahanda' pada mulanya mahu memberi keterangan kepada Polis Melaka Tengah di sebuah restoran India muslim di sini, bagaimanapun dibawa ke Balai Polis Gombak.


Beliau yang dibawa menaiki sebuah kenderaan polis jenis Proton Preve berwarna perak diiringi sebuah lagi kenderaan sama.

Sebelum ini, Abdul Rani menerima anugerah membawa gelaran Datuk Paduka Mahkota Melaka daripada ahli perniagaan, Raja Noor Jan Shah Tuah yang mengakui dirinya Sultan Melaka.

Bagaimanapun, majlis penganugerahan pingat itu dianggap tidak diiktiraf dan kini disiasat di bawah Akta Hasutan kerana ia didakwa diberikan oleh pewaris takhta negeri itu.

Raja Report Malaysia Rani Kulup Diangkut Pihak Polis | Isu Noor Jan Kembali Hangat


Raja Report Malaysia Rani Kulup Diangkut Pihak Polis

Isu Noor Jan kembali hangat apabila majlis penganugerahan itu melibatkan beberapa individu yang kerap mendapat perhatian dan menjadi viral di media sosial termasuk Abdul Rani.

Noor Jan pernah ditahan polis bagi membantu siasatan bawah akta sama, selepas mengadakan majlis penganugerahan pingat, bintang dan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ayahanda Arka dibawa ke Balai Polis Gombak petang tadi bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan 1948.

Beliau dibawa dari restoran di Sri Gombak oleh sepasukan polis Ibu Pejabat Polis (IPD) Melaka Tengah pada 2.40 petang. Abdul Rani terkenal dengan kekerapannya membuat pelbagai isu dan dikenali dengan tagline ‘kipidap dongibab’.