Memaparkan catatan dengan label Viral. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Viral. Papar semua catatan

Siapa Amalinaahmd Yang Viral Di Laman Twitter

Siapa Amalinaahmd Yang Viral Di Laman Twitter

Siapa Amalinaahmd Yang Viral Di Laman Twitter

Tahun lalu pengguna laman sosial Twitter telah dihebohkan dengan satu akaun yang bernama @amalinaahmd. Kini, isu Amalinaahmd mula menjadi topik panas kembali. Gadis ini menjadi viral keran sering kali memuat naik gambar-gambar hantu.

Gadis yang hanya digelar Mel itu mengaku sering melihat dan diekori oleh hantu. Ia kemudian melukis kembali setiap hantu yang mengikutinya dan memuat naik di akaun Twitternya.

>>LIHAT FOTO DISINI

Meskipun gambar tersebut tidak detil, namun gambar-gambar yang dilukis Mel kerap menarik perhatian pengguna Twitter. Beberapa orang menggangapnya sebagai hal yang menyeramkan. Apalagi, Mel yang mengaku mempunyai deria keenam turut menceritakan cerita pada setiap postingan gambarnya.

Siapa Amalinaahmd Yang Viral Di Laman Twitter | Kisah Beliau Tersebar Ke Luar Negara

Contohnya, Mel pernah menceritakan beliau pernah bertemu dengan satu lembaga berkepala putus yang tinggal tidak jauh dari asramanya. Menurut pengakuan Mel lagi, hantu yang dikenal dengan nama Cempaka dan anak kecil itulah yang selalu mengikuti Mel, kemana pun ia pergi. 

>>LIHAT FOTO DISINI

Sehingga saat ini akun Twitter Mel telah diiukti oleh hampir 3 ribu penggguna Twitter. Kisah ini juga dikatakan telah tersebar luas sehinggakan menjadi perbualan di Indonesia dan Singapura. Wahh ..dasyat sungguh!!!

Penemuan Telefon Bimbit Kuno Berusia 1300 Tahun

Penemuan Telefon Bimbit Kuno Berusia 1300 Tahun

Penemuan Telefon Bimbit Kuno Berusia 1300 Tahun

Penemuan objek pelik tidak ubah seperti telefon bimbit kuno oleh pakar arkeologi menjadi viral di Internet menyebabkan ramai membuat spekulasi bahawa ia membuktikan mengembara merentas masa sesuatu yang boleh berlaku.

Antara spekulasi pengguna Internet termasuk bahawa barang itu salinan telefon bimbit diperbuat daripada tanah liat, dengan tulisan pepaku Sumeria pada ‘kekuncinya.’

Ada dakwaan mengatakan ‘telefon’ itu dari kurun ke-13 dan bukti tamadun yang jauh maju pada zaman itu dengan teknologi dibawa balik pengembara masa dari masa depan.

Penemuan Telefon Bimbit Kuno Berusia 1300 Tahun | Tidak Banyak Maklumat Tentang Telefon Ini

Penemuan Telefon Bimbit Kuno Berusia 1300 Tahun

Laman web konspirasi, tothedeathmedia.com berkata, “Mengikut laporan, pakar arkeologi membuat penemuan ini ketika pencarian artifak di Fuschl am See, Salzburg.

“Malangnya tidak banyak maklumat mengenai penemuan menakjubkan ini.”

Bagaimanapun, tidak kurang juga yang menganggapnya sekadar penipuan terutama disebabkan kurangnya maklumat yang mengesahkan penemuan itu. Pada masa sama, pencari makhluk asing dan UFO menganggap gambar itu bukti alien dari tamadun lebih maju pernah datang ke bumi membawa teknologi mereka.

Editor majalah UFO Sightings Daily, Scott C Waring berkata, “Kita tidak boleh nafikan ini mungkin penipuan. Perkara seperti ini amat sensasi, tetapi pada masa sama ada juga kemungkinan pembuatnya melihat telefon bimbit seumpamanya pada zaman dulu dan menirunya dalam bentuk ini.

Biar Perompak Bunuh Kita Jangan Kita Bunuh Perompak

Biar Perompak Bunuh Kita Jangan Kita Bunuh Perompak

Biar Perompak Bunuh Kita Jangan Kita Bunuh Perompak

Hak dan had orang awam mempertahankan diri ketika berdepan dengan kes jenayah, bukan sesuatu yang mutlak sehingga ke tahap membunuh penjenayah sewenang-wenangnya, tegas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata orang ramai perlu memahami hak dan had itu seperti termaktub dalam undang-undang yang diperuntukkan mengikut Seksyen 99 Kanun Keseksaan.

"Seksyen berkenaan menjelaskan hak dan had mempertahankan diri yang termaktub, bukan sahaja untuk orang awam malah juga anggota polis sendiri.

Saya lihat ramai orang tidak tahu had dan hak mempertahankan diri itu, maka Seksyen 99 Kanun Keseksaan menjelaskan dengan jelas setakat mana tahap mempertahankan diri yang boleh digunakan oleh mereka (orang ramai)," katanya.

"Kami polis pun ada hadnya. Hak mempertahankan diri itu bukan mutlak. Jika ada orang nak curi atau samun, kita tidak boleh bunuh mereka sewenang-wenangnya," katanya.

Khalid mengulas isu Zulkifli Ismail, 50, dari Terengganu, yang ditahan reman berhubung dakwaan membunuh perompak yang cuba masuk ke rumahnya.

Biar Perompak Bunuh Kita Jangan Kita Bunuh Perompak | Isu Selamatkan Zulkifli Menjadi Viral Di Laman Sosial

Biar Perompak Bunuh Kita Jangan Kita Bunuh Perompak

Isu itu diviralkan menerusi laman sosial Facebook Parti Sosialis Malaysia dengan menggunakan tajuk "Selamatkan Zulkifli"  dan satu gerakan atas talian untuk menyelamatkan lelaki itu yang berdepan hukuman mati makin mendapat perhatian ramai.

Dalam satu kenyataan mengulas lanjut perkara itu, Khalid berkata Seksyen 99 (4) akta sama pula menjelaskan yang hak pertahanan persendirian tidak sekali-kali termasuk menggunakan kerosakan yang lebih daripada yang perlu dikenakan bagi maksud pertahanan.

Khalid berkata pihaknya telah menjalankan siasatan dengan penuh profesional berhubung kes Zulkifli dan dua lagi kes yang hampir sama, iaitu mempertahankan diri, yang diviralkan di laman sosial.

Tiga tertuduh dalam kes berkenaan telah dihadapkan ke muka pengadilan sebagaimana arahan yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Peguam Negara," katanya.

Oleh itu, beliau berkata orang ramai dinasihat berhenti menyebarkan dakwaan berhubung kes tersebut tanpa meneliti dan memahami fakta kes sebenar lebih-lebih lagi tanpa mengetahui implikasi perundangan.

Hmmm ... kalau polis, boleh pula bunuh orang alasannya untuk mempertahankan diri. Kenapa orang awam tidak boleh.??? Jom lihat video selamatkan Zulkifli yang menjadi viral di laman sosial baru-baru ini.

Gadis Ini Ceritakan Kisah Makhluk Yang Di Lihatnya

Gadis Ini Ceritakan Kisah Makhluk Yang Di Lihatnya

Gadis Ini Ceritakan Kisah Makhluk Yang Di Lihatnya

Satu soalan untuk anda. Pernahkah anda terlihat hantu? Jika ya, bagaimana rupanya? Mungkin bagi yang pernah terlihat sekali dua, sukar untuk menjelaskan apa yang dilihat disebabkan perasaan takut ketika berhadapan dengan makhluk itu.

Namun bagaimana pula dengan mereka yang seringkali melihat makhluk-makhluk ini? Seorang gadis, yang menggunakan nama Twitter @amalinaahmd, melukis rupa-rupa hantu yang dikatakan pernah dilihat olehnya.


Lebih menyeramkan, gadis tersebut menyertakan bersama kisah-kisah tentang hantu-hantu tersebut. Kesemua lakaran tersebut dimuat naik oleh @amalinaahmd di laman Twitternya.


Gadis Ini Ceritakan Kisah Makhluk Yang Di Lihatnya | @amalinaahmd memulakan kisah lakaran itu dengan memuat naik keseluruhan gambar lakaran itu dengan kapsyen "Antara hantu mel selalu nampak"

Kemudian, @amalinaahmd menceritakan pula tentang cempaka. Ketika ditanya oleh seorang pengguna Twitter yang lain siapakah cempaka, @amalinaahmd berkata cempaka adalah kawannya.
Dan menceritakan tentang lakaran terakhirnya, @amalinaahmd menulis :

"Dua ni selalu nampak kat asrama kosong and kat rumah kat tepi jalan every where. 
Mel pernah nampak pontianak kat asrama kat ikbn wakaf tapai. Hahaha berterbangan. Mujur tak dengar dia mengilai.

Gadis Ini Ceritakan Kisah Makhluk Yang Di Lihatnya @amalinaahmd yang membahasakan dirinya Mel.

Inilah Anak Kak Ton Yang Ramai Tidak Kenal

Inilah Anak Kak Ton Yang Ramai Tidak Kenal

Inilah Anak Kak Ton Yang Ramai Tidak Kenal

Mesti korang tau dan ingat nama Kak Ton kan? Beliau seorang usahawan wanita yang selalu timbul di kaca tv mempromosikan produk kecantikannya yang berbunyi 

"Comel tak Kak ton? ..Comelllll..!

Tagline ini jugalah yang membuatkan Kak Ton terkenal seantero Malaysia. Tapi, tak ramai yang tahu Kak Ton mempunyai anak gadis super cantik bernama Nadia. Alahai, kami yang menengok pun terpegun sampai tak berkelip mata. Inilah Anak Kak Ton Yang Ramai Tidak Kenal

Inilah Anak Kak Ton Yang Ramai Tidak Kenal
Inilah Anak Kak Ton Yang Ramai Tidak Kenal
Inilah Anak Kak Ton Yang Ramai Tidak Kenal

Tak hairanlah Nadia memiliki raut wajah cantik, ‘ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi’ kan? Nadia yang merupakan kacukan Thai dan Melayu ini merupakan pengacara rancanganMalaysia Hari Ini di TV3.

Inilah Anak Kak Ton Yang Ramai Tidak Kenal | Statusnya Viral Di Media Sosial


Status hubungan Nadia dengan Kak Ton didedahkan sendiri Nadia selepas ramai yang asyik bertanya. Tapi tak sangka pula, pendedahan Nadia secara tiba-tiba muncul menjadi viral di media sosial.

Nadia yang merupakan seorang ibu tunggal sebelum ini menjalin hubungan dengan penyanyi Indonesia, Sammy Simorangkir.

Wang Hantaran 35K Cikgu Wafidah Cetus Viral

Wang Hantaran 35K Cikgu Wafidah Cetus Viral

Wang Hantaran 35K Cikgu Wafidah Cetus Viral
Amboi makin melampau permintaan Wanita Malaysia sekarang. Perkahwinan dalam islam itu mudah. Hanya diwajibkan mahar sahaja. jatuh ke maruah anda jika dapat duit hantaran murah??

Apakah ini cara seorang guru yang disanjung oleh masyarakat kerana profesionnya berbicara? Secara logiknya seorang guru pastilah akan mengeluarkan kata-kata atau pendapat yang berilmiah serta bernas tetapi ini tidak.

Berlaku dalam pendapat disuarakan individu menggunakan nama Cikgu Nur Wafidah Damia di laman Facebooknya.

Dalam status yang mencetuskan kontroversi, Cikgu Nur Wafidah mengeluarkan pendapatnya mengenai wang hantaran yang perlu diberikan kaum lelaki kepada wanita untuk mengahwini mereka.
Wang Hantaran 35K Cikgu Wafidah Cetus Viral

Menurutnya, wajib seseorang itu meminta hantaran yang tinggi daripada pihak lelaki, paling ‘koman’ pun RM18 ribu!

Wang Hantaran 35K Cikgu Wafidah Cetus Viral Di Laman Sosial Facebook
Wang Hantaran 35K Cikgu Wafidah Cetus Viral

Amboi, memang muflis semua lelaki di Malaysia jika semua wanita ikut kata cikgu ini. Tak pun membujang sampai ke tua.

Tak tahulah pula kami kalau ini bukan cikgu ‘betul-betul’ tapi saja letak begitu pada pangkal namanya namun yang pasti, pendapat ini memang tak boleh pakai langsung

Akibat status ini juga, penulis yang tengah mencari calon isteri ni tiba-tiba terfikir, masih wujudkah cinta sejati antara perempuan dan lelaki atau yang wujud pada zaman sekarang cuma cinta perempuan kepada duit lelaki ?

Apa sahaja isunya, kepada lelaki yang ingin berkahwin di luar sana tu pandai-pandailah memilih pasangan. Jangan sampai tersangkut pada perempuan pisau cukur!

Ibu Lempar Anak Ke Dalam Sungai

Ibu Lempar Anak Ke Dalam Sungai

Ibu Lempar Anak Ke Dalam Sungai

Seorang ibu dikecam kerana bertindak keterlaluan kerana mahu menghukum anak perempuannya dengan mencampak ke dalam sungai, kelmarin. 

Menerusi sebuah video viral, wanita tersebut dirakam memarahi anaknya di tepi sungai di Chaozhou kerana mendapat markah rendah di dalam ujian di sekolah.

Wanita tersebut kemudian menolak mangsa jatuh ke dalam sungai sebelum mengangkatnya kembali dan menolaknya kembali ke dalam sungai.

Laporan Dailymail mengatakan kejadian tersebut disaksikan leh orang ramai. Menurut seorang saksi, wanita tersebut memberitahu anaknya mengugut untuk membunuh diri setiap kali beliau mahu mengajarnya di rumah mereka. 

Ibu Lempar Anak Ke Dalam Sungai | Tidak Tahu Kesusahan Besarkan Anak


Beliau kemudian memarahi orang ramai yang berkumpul dan mendakwa mereka ‘tidak tahu kesusahan membesarkan anak’. 

Kedua-dua beranak kemudian dilihat meninggalkan tempat kejadian. Difahamkan, sungai tersebut tidak terlalu dalam tetapi mempunyai arus yang laju.