Siapa Amalinaahmd Yang Viral Di Laman Twitter

Siapa Amalinaahmd Yang Viral Di Laman Twitter

Siapa Amalinaahmd Yang Viral Di Laman Twitter

Tahun lalu pengguna laman sosial Twitter telah dihebohkan dengan satu akaun yang bernama @amalinaahmd. Kini, isu Amalinaahmd mula menjadi topik panas kembali. Gadis ini menjadi viral keran sering kali memuat naik gambar-gambar hantu.

Gadis yang hanya digelar Mel itu mengaku sering melihat dan diekori oleh hantu. Ia kemudian melukis kembali setiap hantu yang mengikutinya dan memuat naik di akaun Twitternya.

>>LIHAT FOTO DISINI

Meskipun gambar tersebut tidak detil, namun gambar-gambar yang dilukis Mel kerap menarik perhatian pengguna Twitter. Beberapa orang menggangapnya sebagai hal yang menyeramkan. Apalagi, Mel yang mengaku mempunyai deria keenam turut menceritakan cerita pada setiap postingan gambarnya.

Siapa Amalinaahmd Yang Viral Di Laman Twitter | Kisah Beliau Tersebar Ke Luar Negara

Contohnya, Mel pernah menceritakan beliau pernah bertemu dengan satu lembaga berkepala putus yang tinggal tidak jauh dari asramanya. Menurut pengakuan Mel lagi, hantu yang dikenal dengan nama Cempaka dan anak kecil itulah yang selalu mengikuti Mel, kemana pun ia pergi. 

>>LIHAT FOTO DISINI

Sehingga saat ini akun Twitter Mel telah diiukti oleh hampir 3 ribu penggguna Twitter. Kisah ini juga dikatakan telah tersebar luas sehinggakan menjadi perbualan di Indonesia dan Singapura. Wahh ..dasyat sungguh!!!

Penemuan Telefon Bimbit Kuno Berusia 1300 Tahun

Penemuan Telefon Bimbit Kuno Berusia 1300 Tahun

Penemuan Telefon Bimbit Kuno Berusia 1300 Tahun

Penemuan objek pelik tidak ubah seperti telefon bimbit kuno oleh pakar arkeologi menjadi viral di Internet menyebabkan ramai membuat spekulasi bahawa ia membuktikan mengembara merentas masa sesuatu yang boleh berlaku.

Antara spekulasi pengguna Internet termasuk bahawa barang itu salinan telefon bimbit diperbuat daripada tanah liat, dengan tulisan pepaku Sumeria pada ‘kekuncinya.’

Ada dakwaan mengatakan ‘telefon’ itu dari kurun ke-13 dan bukti tamadun yang jauh maju pada zaman itu dengan teknologi dibawa balik pengembara masa dari masa depan.

Penemuan Telefon Bimbit Kuno Berusia 1300 Tahun | Tidak Banyak Maklumat Tentang Telefon Ini

Penemuan Telefon Bimbit Kuno Berusia 1300 Tahun

Laman web konspirasi, tothedeathmedia.com berkata, “Mengikut laporan, pakar arkeologi membuat penemuan ini ketika pencarian artifak di Fuschl am See, Salzburg.

“Malangnya tidak banyak maklumat mengenai penemuan menakjubkan ini.”

Bagaimanapun, tidak kurang juga yang menganggapnya sekadar penipuan terutama disebabkan kurangnya maklumat yang mengesahkan penemuan itu. Pada masa sama, pencari makhluk asing dan UFO menganggap gambar itu bukti alien dari tamadun lebih maju pernah datang ke bumi membawa teknologi mereka.

Editor majalah UFO Sightings Daily, Scott C Waring berkata, “Kita tidak boleh nafikan ini mungkin penipuan. Perkara seperti ini amat sensasi, tetapi pada masa sama ada juga kemungkinan pembuatnya melihat telefon bimbit seumpamanya pada zaman dulu dan menirunya dalam bentuk ini.

Pramugari Syarikat Penerbangan Rayani Air Diganggu Jin

Pramugari Syarikat Penerbangan Rayani Air Diganggu Jin

Pramugari Syarikat Penerbangan Rayani Air Diganggu Jin

Sehari dua ni kecoh betul pasal Rayani Air, syarikat penerbangan bongsu yang mula beroperasi didalam negara. Bukan kecoh sebab Rayani Air tu ada pramugari seksi macam Air Asia. Bukan juga kecoh sebab Rayani Air ada hidang beer, wiski, vodka atau apa juga minuman kebanggaan setan.

Tapi Rayani dikecohkan sangat sebab cuba nak jadi satu-satunya syarikat penerbangan yang bawa imej Islamik. Pramugarinya berpakaian sopan serta memakai tudung, serta segalanya didalam penerbangan tu akan cuba sedaya upaya mengikut syarak.

Pramugari Syarikat Penerbangan Rayani Air Diganggu Jin

Itulah yang jadi masalah besar pada kebanyakan 'juri tetap' di kalangan rakyat Malaysia yang berjumlah lebih kurang 30 juta ni. Dalam banyak-banyak isu, imej Islamik yang cuba dibawa oleh Rayani Air jugak yang dikecohkan.

Baguslah kan kalau diwujudkan syarikat penerbangan yang cuba mengikut garis syarak Islam di rantau Asia ni. Tak perlu nak seksi-seksi dan hidang minuman kencing setan dalam penerbangan.

Lagipun yang guna perkhidmatan tu hanya nak sampai ke tempat yang dituju dengan selamat kan? Bukannya nak cari hiburan dalam penerbangan.

Agaknya lah kann, mungkin mereka yang kecoh sangat pasal Rayani Air tu dah pedih mata bila tak dapat tengok 'belahan dada' pramugari melayu Islam dalam peswat. Dan mungkin juga mereka kempunan bila tak mampu nak melayan 'punggung bulat' wanita-wanita beruniform berulang alik ketika dalam penerbangan.

Pramugari Syarikat Penerbangan Rayani Air Diganggu Jin | Jin Dan Hantu Ada Didalam Penerbangan Malaysia

Pramugari Syarikat Penerbangan Rayani Air Diganggu Jin
Pramugari Syarikat Penerbangan Rayani Air Diganggu Jin

Kalau tujuan semata-mata nak berhibur dan tengok perempuan seksi yang terjojol segala lurah dendam, lagi elok rasanya pergi ke clubbing dan disko yang bersepah dalam negara. Haaa, tengok la puas-puas segala maksiat yang ada di dunia ni.

Memang tak syak lagi bahawa ramai 'Jin-Jin' serta 'Hantu Setan' ada didalam bisnes penerbangan di Malaysia. Patutlah pihak Rayani Air berura-ura nak jadikan Mursyidul am Pas sebagai penasihat Islamik mereka. Nak halau hantu setan serta jin-jin tersebut agaknya.

Dengan adanya Mursyidul am Pas yang dikhabarkan sangat arif didalam bidang menghalau segala jenis 'jin dan syaitan' itu nanti, bolehlah Rayani Air dibersihkan dari segala perbuatan mungkar dan khilaf hasil perbuatan makhluk yang 'jahat' tersebut.

Sekali renjis air jampi, habis berselerak lari segala makhluk jahat serta gerombolan 'jin setan' yang dok ganggu Rayani Air. Itu belum kena libas dengan kain serban lagi tau. Hahahaha

Raja Report Malaysia Rani Kulup Diangkut Pihak Polis

Raja Report Malaysia Rani Kulup Diangkut Pihak Polis 
Raja report, Abdul Rani Kulup Abdullah ternyata tidak kebal daripada tindakan undang-undang apabila beliau sendiri 'diangkut' pihak polis kerana anugerah Datuk Paduka Mahkota Melaka yang diterimanya, baru-baru ini.

Abdul Rani atau lebih dikenali sebagai 'ayahanda' pada mulanya mahu memberi keterangan kepada Polis Melaka Tengah di sebuah restoran India muslim di sini, bagaimanapun dibawa ke Balai Polis Gombak.


Beliau yang dibawa menaiki sebuah kenderaan polis jenis Proton Preve berwarna perak diiringi sebuah lagi kenderaan sama.

Sebelum ini, Abdul Rani menerima anugerah membawa gelaran Datuk Paduka Mahkota Melaka daripada ahli perniagaan, Raja Noor Jan Shah Tuah yang mengakui dirinya Sultan Melaka.

Bagaimanapun, majlis penganugerahan pingat itu dianggap tidak diiktiraf dan kini disiasat di bawah Akta Hasutan kerana ia didakwa diberikan oleh pewaris takhta negeri itu.

Raja Report Malaysia Rani Kulup Diangkut Pihak Polis | Isu Noor Jan Kembali Hangat


Raja Report Malaysia Rani Kulup Diangkut Pihak Polis

Isu Noor Jan kembali hangat apabila majlis penganugerahan itu melibatkan beberapa individu yang kerap mendapat perhatian dan menjadi viral di media sosial termasuk Abdul Rani.

Noor Jan pernah ditahan polis bagi membantu siasatan bawah akta sama, selepas mengadakan majlis penganugerahan pingat, bintang dan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ayahanda Arka dibawa ke Balai Polis Gombak petang tadi bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan 1948.

Beliau dibawa dari restoran di Sri Gombak oleh sepasukan polis Ibu Pejabat Polis (IPD) Melaka Tengah pada 2.40 petang. Abdul Rani terkenal dengan kekerapannya membuat pelbagai isu dan dikenali dengan tagline ‘kipidap dongibab’.

Inilah Kehidupan Dato Vida Qu Puteh Sebelum Kaya

Inilah Kehidupan Dato Vida Qu Puteh Sebelum Kaya

Inilah Kehidupan Dato Vida Qu Puteh Sebelum Kaya

Siapa tidak kenal dengan wanita cantik ini memang tak tahu nak cakaplah kan. Bukan apa, kalau tengok konsert Gegar Vaganza yang lalu, iklan dia saja yang penuh dengan trademark dia yang dah cukup sinonim sangat.

Biarpun orang kata nampak macam gedik dan melebih-lebih, duit dia tetap masuk juga dalam akaun dan laris jualan. Ada juga orang yang kutuk-kutuk dan dapat la sikit saham pahala pun dia dapat jugak.

Inilah Kehidupan Dato Vida Qu Puteh Sebelum Kaya | Biodata Dato Vida Qu Puteh
Inilah Kehidupan Dato Vida Qu Puteh Sebelum Kaya

Usahawan bagi Vida Beauty adalah diasaskan oleh Dato' Dr. Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dato' Vida yang sememangnya tidak asing lagi namanya disekitar Perak ini kerana beliau telah dikenali dengan penghasilan dan kualiti produknya yang kian tersohor di tanah air kita.

Beliau adalah anak kelahiran Kelantan dan telah berkecimpung dalam dunia perniagaan ini hampir 16 tahun. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda jurusan Pendidikan dan Perniagaan di Universiti Sains Malaysia Penang.

Seterusnya melanjutkan pelajaran hingga peringkat PHD jurusan Biologi di Universiti Charles Molnar, Hungary. Sebelum beliau berkecimpung sepenuhnya dengan aliran Perniagaan ini, beliau adalah salah seorang tenaga pengajar di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Poi Lam, Ipoh.

Beliau telah mengambil keputusan yang berani dengan meninggalkan karier beliau selaku guru dan beliau telah berusaha dengan jayanya. Dengan usaha beraninya itu, beliau telah berjaya membuka sebanyak 38 cawangan di sekitar Perak, Kuala Lumpur, Terengganu, Kedah, Penang dan Kelantan.

Jom lihat foto sebelum dan selepas Dato Vida menjadi usahawan yang berjaya.

Inilah Kehidupan Dato Vida Qu Puteh Sebelum Kaya
Inilah Kehidupan Dato Vida Qu Puteh Sebelum Kaya
Inilah Kehidupan Dato Vida Qu Puteh Sebelum Kaya
Inilah Kehidupan Dato Vida Qu Puteh Sebelum Kaya